LAMAN UTAMA










POLITEKNIK BALIK PULAU, PULAU PINANG
DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT 
(PENGATURCARAAN)







  










NAMA : NOR FIRDAUS BIN ADNAN

NO. MATRIK : 21DIP15F1055

UMUR : 21 TAHUN

TARIKH LAHIR : 10/10/1997

TEMPAT LATIHAN INDUSTRI : MIP CREATIVE HOUSE









                                

DEDIKASI & PENGHARGAAN


DEDIKASI


        Segala pujian bagi Allah S.W.T yang maha pengasih lagi maha penyayang. Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan taufik dan hidayahNya, Laporan Akhir Latihan Industri ini dapat disempurnakan dengan keizinanNyaDedikasi ini khas buat ibu dan bapa saya serta ahli keluarga yang banyak membantu saya di dalam penghasilan Blog Laporan Latihan Industri ini serta rakan-rakan seperjuangan lain yang turut bersama-sama membantu saya.  Selain itu, tidak lupa juga kepada pihak Politeknik Balik Pulau serta seluruh kakitangan MIP Creative House, Manjung, Perak yang telah banyak membantu saya dengan memberi bimbingan panduan serta tunjuk ajar sewaktu menjalani Latihan Industri dan sehingga terhasilnya Terbitan Blog Laporan ini. Sekian, Terima Kasih.



PENGHARGAAN


        Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan kepada En. Afif Amzar Bin Zulkefly selaku Pengurus Syarikat MIP Creative House kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk menjalani Latihan Industri selama  5 bulan yang bermula pada 27 NOVEMBER 2017 sehingga 13 APRIL 2018.


         Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyelia industri saya iaitu Puan Ainul Mardziah Binti Yusoff selaku Pengurus Pemasaran Syarikat yang telah memberi peluang kepada saya untuk menjalani latihan praktikal dan berkongsi ilmu serta pengalaman di bawah pemerhatian beliau. Selain itu, jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua kakitangan dan staff sokongan MIP Creative House yang turut memberikan tunjuk ajar, kerjasama dan teguran sepanjang saya berkhidmat di premis ini.


     Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah Politeknik Balik Pulau yang telah banyak membantu saya secara langsung mahupun tidak langsung sepanjang Latihan Industri ini berjalan. Sekalung penghargaan diucapkan kedua-dua ibu bapa saya dan rakan - rakan yang telah banyak membantu dan memberi sokongan pada saya untuk menjayakan Latihan Industri saya ini.

        Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu saya sepanjang sesi Latihan Industri ini dengan berjaya.

Sekian, Terima Kasih.

BAB 1 : PENGENALAN



1.1. PENDAHULUAN


      Latihan Industri ialah satu program memberikan pendedahan dan pengalaman kepada pelajar tentang keadaan sebenar alam pekerjaan dalam bidang Teknologi Maklumat (Pengatucaraan) dan sebagai persediaan awal bagi pelajar sebelum melangkah ke satu tahap menjadi seorang pekerja. Latihan ini diwajibkan sebagai syarat penganugerahan diploma kepada setiap pelajar Semester Akhir Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan). Bagi sesi DISEMBER 2017, latihan ini berjalan selama 20 minggu iaitu bermula pada 27 NOVEMBER 2017 hingga 13 APRIL 2018.

            Saya telah memohon dan mendapat tempat untuk menjalani Latihan Industri di sebuah premis yang menyediakan servis printing t-shirt, kad kahwin & perhiasan perkahwinan di MIP CREATIVE HOUSE, PERAK. Saya telah ditugaskan untuk membangunkan laman web syarikat sepanjang tempoh latihan industri disini. Sepanjang tempoh latihan disini, saya telah diberi peluang untuk melibatkan diri dalam melakukan kerja-kerja sokongan teknikal yang berkaitan teknologi maklumat & servis penjualan seperti membaik pulih komputer, format komputer, melayan pelanggan untuk urusan jual beli kad kahwin, mencetak paperbag dan membuat button badge.



1.2. OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI


       Latihan Industri adalah langkah penting bagi membentuk persediaan pekerjaan kepada pelajar. Dalam program Latihan Industri, pelajar didedahkan dengan alam pekerjaan yang sebenar dan ini dapat memberi pengalaman yang amat berguna kepada mereka kelak.

    Latihan Industri bukan hanya merupakan komponen utama dalam sesebuah kokurikulum pembelajaran tetapi ia juga merupakan salah satu langkah untuk membentuk pekerja yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Ini selaras dengan objektif negara untuk membentuk rakyat yang berwawasan 2020 serta rakyat yang mampu bersaing dengan negara luar di peringkat global.

       Oleh sebab itu, objektif  Latihan Industri ialah untuk membina personaliti individu dalam diri pelajar, membantu pelajar untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan, membentuk disiplin dalam diri pelajar kerana pelajar akan mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik serta memberi pendedahan kepada alam pekerjaan. Ciri-ciri tersebut dapat dilihat melalui proses kerja di dalam Laporan Industri yang diberikan kepada institusi.

       Bukan itu sahaja, Latihan Industri juga dapat meningkatkan keyakinan diri dalam diri pelajar serta dapat meningkatkan semangat pelajar untuk terus menyambung kerjaya dalam bidang yang dipilih setelah mereka tamat latihan di industri dan pengajian di Politeknik. Pelajar juga dapat mempraktikkan teori dan amali sepanjang mereka menjalani Latihan Industri.

    Pihak Politeknik juga dapat bekerjasama dengan pihak Industri untuk meningkatkan lagi mutu pelajar keluaran Politeknik selaras dengan kemahuan Industri tempatan yang kian membangun dan semakin pesat. Saya berharap dengan adanya Latihan Industri, Politeknik dapat menghasilkan bakal - bakal pekerja yang mampu memenuhi kehendak Industri tempatan yang semakin bergerak pantas selaras dengan kemajuan teknologi yang semakin berkembang sekarang. Dengan ringkasnya, objektif Latihan Industri adalah :

  • Mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar.
  • Membolehkan pelajar mengaitkan teori-teori yang telah dipelajari dengan   aspek-aspek praktikal atau sebaliknya.
  • Membentuk dan mengukuhkan keyakinan diri dalam melaksanakan tugas.
  • Menanamkan semangat kerja berpasukan dan perhubungan yang baik sesama pekerja.
  • Menggunakan sepenuhnya ilmu pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang dipelajari di Politeknik untuk dipraktikkan semasa Latihan Industri.
  • Dapat menilai kebolehan diri sendiri untuk persediaan menghadapi alam pekerjaan selepas tamat pengajian.
  • Dapat memberikan pengalaman yang bernilai dan berharga.
  • Menimbulkan kesedaran serta meningkatkan minat pelajar terhadap jurusan yang dipilih.
  • Meningkatkan semangat jujur, amanah , berdedikasi dan bertanggungjawab terhadap tugas-tugas yang diberikan.


1.3. OBJEKTIF LAPORAN LATIHAN INDUSTRI


        Program Latihan Industri adalah wajib bagi semua pelajar di Politeknik. Pelajar yang terlibat dalam latihan industri ialah pelajar Diploma Semester 6. Disamping itu, pelajar yang melalui Latihan Industri perlu menyediakan laporan mengenai tugas yang dijalankan sepanjang semester itu. Laporan ini mengenai catatan latihan teknikal yang dilakukan oleh pelajar, latar belakang syarikat, kepentingan latihan industri, dan sebagainya.. Hal ini bagi memenuhi keperluan pelajar untuk dianugerah dengan kelayakan diploma dari Kemeneterian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pengajian Politeknik. Antara objektif laporan Latihan Industri adalah :

  • Menjadi bukti bahawa pelajar tersebut telah menjalani Latihan Industri mengikut jangka waktu yang telah ditetapkan.
  • Mencatatkan segala aktiviti semasa menalani Latihan Industri.
  • Membuktikan bahawa pelajar itu memahami dan menghayati sesuatu kerja yang dibuat semasa Latihan Industri.
  • Laporan latihan industri ini juga dapat memudahkan kerja pensyarah atau aktiviti pelajar semasa menilai pelajar selepas menjalani latihan industri.
  • Dapat mempraktikan apa yang dipelajari dari semester 1 hingga 5.
  • Menjadi bahan rujukan selepas menjalani Latihan Industri di firma terbabit selepas tamat menjalani pengajian di Politeknik.

1.4. KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI


         Menjalani Latihan Industri merupakan syarat wajib bagi setiap pelajar Politeknik. Ia wajib disempurnakan oleh pelajar yang mengikuti kursus Diploma. Bagi kursus Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan), adalah diwajibkan menjalani Latihan Industri pada Semester 6.  

        Latihan Industri mendewasakan para pelajar yang bakal bergelar sebagai pekerja pada masa akan datang. Oleh itu, Latihan Industri adalah pendedahan awal kepada pelajar untuk bersikap lebih matang ketika berada dalam sektor pekerjaan.

      Banyak sebenarnya faedah yang dapat diperolehi oleh pelajar sekiranya mereka menjalani Latihan Industri. Antara kepentingan Latihan Industri adalah :

  • Untuk membina dan memantapkan diri pelajar supaya lebih yakin untuk menghadapi sebarang tugas dan dugaan yang dihadapi di alam pekerjaan.
  • Menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik antara pekerja dan kakitangan sesebuah organisasi.
  • Mendedahkan pelajar ke alam pekerjaan yang sebenar.
  • Memupuk semangat kerjasama dalam pasukan,
  • Mendidik pelajar menghormati antara satu sama lain terutama pekerja yang lebih senior atau pegawai yang berpangkat tinggi.
  • Mengamalkan dan mematuhi peraturan keselamatan dalam industri.
  • Mengaitkan teori kepada tugas praktikal dan sebagainya.
  • Membina keyakinan diri dan memupuk sifat amanah dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas.
  • Menyediakan sebuah laporan rasmi setelah tamat latihan.

            Dengan huraian – huraian di atas, Latihan Industri adalah suatu konsep yang harus wujud pada semua institusi pendidikan tinggi. Ini kerana, Latihan Industri dapat membentuk sikap dan jati diri bakal – bakal pekerja yang berjaya dan produktif. Latihan Industri juga memberi begitu banyak kesan yang positif dalam diri pelajar. Hal ini sejajar dengan kehendak Negara yang inginkan masyarakat yang berdaya saing dan cemerlang.

       Saya berharap agar cita – cita Negara dapat direalisasikan dengan adanya kewujudan Latihan Industri pada semua institusi pengajian tinggi. Ini kerana, Latihan Industri dapat memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai alam pekerjaan. Latihan Industri juga membantu pelajar dari segi mental dan fizikal. Ini kerana, apabila pelajar menghadapi alam pekerjaan kelak, pelajar tidak akan mengalami kejutan budaya bekerja. Oleh sebab itu, wajar saya katakan yang Latihan Industri adalah satu ‘platform’ membentuk pekerja yang cemerlang, terpelajar, disiplin, kreatif dan berdaya saing.


BAB 2 : LATAR BELAKANG FIRMA




2.1  LATAR BELAKANG



MIP Creative House merupakan sebuah syarikat design dan percetakan yang mula bertapak pada Ogos 2016 dengan kekuatan hanya dua orang sahaja. Kini, kami beroperasi di sebuah premis yang terletak di Manjung, Perak bersama sepasukan warga kerja yang hebat.

Di MIP, kami menawarkan rekabentuk dan percetakan sebagai perkhidmatan utama kepada para pelanggan. Antara contoh perkhidmatan yang kami tawarkan untuk rekabentuk termasuklah rekaan logo, papan iklan, letterhead dan lain-lain lagi. Bagi percetakan pula, kami menyediakan khidmat cetakan t-shirt, sulaman, baju korporat, kad kahwin, banner, bunting, sticker, button badge, mug, lanyard, business card, rubber stamp, props, paper bag, non woven bag, id card, sampul raya dan kalendar. Selain itu, kami turut membekalkan cenderamata korporat dan cenderahati majlis perkahwinan.

Kami sentiasa komited dalam usaha untuk memperkenalkan syarikat kami ke taraf yang lebih tinggi. Pelbagai inisiatif yang kami laksanakan seperti memperkemaskan sistem dan cara kerja dalam syarikat untuk sentiasa memenuhi permintaan pelanggan dari semasa ke semasa. Kami berharap agar MIP Creative House mampu berdaya saing dalam memperkasa dan mencapai visi dan misi syarikat pada masa hadapan.



Perniagaan Kami?


 



Kad kahwin, Banner, Signage, Paperbag, Sticker, Tag Label, Door Gift, Bunting, ID Card, T-Shirt Printing, Heatpress, Silkscreen, Embroidey, Mug, Rewang T-Shirt, Business Card & Flyers.


                


2.2 LOGO MIP Creative House








2.3 VISI, MISI DAN MOTO



Visi

Untuk mewujudkan sebuah pusat sehenti bagi servis design dan percetakan.

Misi

Matlamat kami adalah untuk menyediakan platform kepada masyarakat untuk mendapatkan hasil cetakan dan design bermutu tinggi selaras dengan kehendak dan kepuasan pelanggan

Moto

Mesra, Sistematik, Produktif


Objektif Kualiti

·         Untuk menyiapkan tempahan pada masa seperti yang telah ditetapkan di dalam terma & syarat bersama pelanggan.
·         Untuk menguruskan kos projek tidak melebihi atau kurang 10% daripada belanjawan.
·         Untuk mencapai purata skor untuk taraf kepuasan pelanggan tidak kurang daripada 3 (daripada 5)






2.4 ALAMAT MIP CREATIVE HOUSE



Nama Organisasi : MIP CREATIVE HOUSE

Alamat : MIP CREATIVE HOUSE ((IP0415542-M), 
NO 141, LEVEL 3, JALAN PPMP 3/3, 
PUSAT PERNIAGAAN MANJUNG POINT 3,
32040 MANJUNG, PERAK DARUL RIDZUAN.

No. Telefon : 05-6870691

Laman Web : www.mipcreativehouse.com





2.5 CARTA ORGANISASI






2.6 PETA LOKASI






BAB 3 : RINGKASAN MINGGUAN


3.1. PENGENALAN

             
       Dalam tempoh jangka masa selama 20 minggu ini saya telah menjalani Latihan Industri di MIP Creative House. Daripada tempoh 27 NOVEMBER 2017 hingga 13 APRIL 2018, saya ditugaskan untuk membangunkan website syarikat MIP Creative House. Selama 5 bulan disini saya telah banyak mempelajari dan memperolehi kemahiran serta pengalaman semasa menjalankan Latihan Industri ini. Ini sedikit sebanyak telah mendedahkan saya kepada alam pekerjaan yang sebenar. Secara ringkasnya, saya dapat menerangkan tugas saya sepanjang tempoh Latihan Industri ini secara mingguan.


RINGKASAN AKTIVITI SECARA MINGGUAN DI LATIHAN INDUSTRI :

Minggu Pertama : 27 NOVEMBER 2017 - 2 DISEMBER 2017

1. Sesi Temuramah bersama Pengurus & Penyelia Latihan Industri, Pengenalan mengenai skop kerja & Tugasan projek semasa Latihan Industri.


2. Membuat button badge yang perlu disiapkan sebanyak 300pcs.



3. Memulakan projek membangunkan website dengan mengunakan easystore dalam tempoh 15 hari cubaan percuma.




4. Melakukan kerja-kerja design interface website MIP Creative House.     




Minggu ke-2 : 4 DISEMBER 2017 - 9 DISEMBER 2017

1. Membuat permerhatian dari laman sesawang kad kahwin yang lain untuk dijadikan contoh dan tambahan idea.


2. Melakar proses pembayaran dalam laman sesawang menggunakan proses Context Diagram & DFD (Data Flow Diagram).


Minggu ke-3 : 11 DISEMBER 2017 - 16 DISEMBER 2017

1. Menukar kepada laman sesawang online store Wix.com kerana Easystore sukar untuk digunakan kerana tidak menyediakan platform servis untuk tempahan dalam atas talian.




2. Membuat permerhatian dari laman sesawang kad kahwin yang lain untuk dijadikan contoh dan tambahan idea.

3. Menambahkan aplikasi yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam website untuk urusan jual beli atas talian.


4. Mengubah design interface laman sesawang supaya lebih mesra pengguna untuk kemudahan pelanggan memilih dan membuat tempahan.


Minggu ke-4 : 18 DISEMBER 2017 - 23 DISEMBER 2017

1. Melakar proses pembayaran dalam laman sesawang menggunakan proses Context Diagram & DFD (Data Flow Diagram) untuk website yang dibangunkan dalam Wix.com


2. Membuat borang tempahan kad kahwin untuk laman sesawang MIP Creative House supaya pelanggan  boleh menempah melalui atas talian.





3. Membuat borang untuk pembayaran deposit & pembayaran penuh tempahan untuk pelanggan membayar.




Minggu ke-5 : 26 DISEMBER 2017 - 30 DISEMBER 2017

1. Menambah user input untuk dimasukkan ke dalam borang tempahan untuk mendapatkan maklumat dari pelanggan.


2. Menambah aplikasi untuk interface laman sesawang dengan slide show, counter visitor, calendar event & gambar produk.







Minggu ke-6 : 2 JANUARI 2018 - 6 JANUARI 2018

1. Membuat SOP (Standard Operating Procedure) untuk proses tempahan untuk pelanggan supaya mereka dapat mengetahui tempoh proses tempahan berjalan.




2. Menyiapkan paperbag sebanyak 1850 untuk pelanggan urgent kerana tempoh pengambilan semakin dekat.




Minggu ke-7 : 8 JANUARI 2018 - 14 JANUARI 2018

1. Pengurus dan penyelia mengadakan perjumpaan sempena tahun baru untuk membuat perancangan promosi dan penjualan yang akan dilakukan pada tahun 2018.

2. Pengurus dan penyelia memantau perkembangan website yang telah dibuat untuk melihat proses tempahan dan pembayaran bagaimana dilakukan.

3. Pengurus mencadangkan untuk membuat sebuah page untuk ejen jualan supaya dapat membuat proses tempahan melalui online.

4. Menyiapkan paperbag sebanyak 1500 untuk pelanggan urgent kerana tempoh pengambilan semakin dekat.





5. Syarikat MIP Creative House membuat family day untuk tahun 2018 yang berlangsung pada 14 Januari 2018 di Teluk Senangin, Perak turut bekerjasama dengan 4 buah syarikat percetakan di Manjung.




Minggu ke-8 : 15 JANUARI 2018 - 20 JANUARI 2018

1. Membuat sebuah page untuk meletakkan SOP proses tempahan di dalam laman sesawang.



2. Membuat pengiraan untuk borang tempahan supaya jumlah pembayaran tempahan akan dipaparkan di dalam website untuk rujukan urusan pembayaran pelanggan.

3. Mereka sebuah notifikasi emel untuk dihantar kepada admin & designer supaya dapat menerima detail tempahan pelanggan yang telah dibuat.

Minggu ke-9 : 22 JANUARI 2018 - 27 JANUARI 2018

1. Menambah add-on item di dalam borang tempahan supaya pelanggan dapat menambah barangan tambahan untuk majlis seperti doorgift, banner, banting & lain-lain.




2. Menyiapkan paperbag sebanyak 1500 untuk pelanggan urgent kerana tempoh pengambilan semakin dekat.




3. Mereka autoresponder untuk menghantar detail tempahan kepada pelanggan supaya dapat melihat kembali barang yang telah ditempah.

4. Membuat pencarian mengenai bagaimana untuk membuat Digital Kad Kahwin yang boleh dipasarkan untuk tahun 2018.

Minggu ke-10 : 29 JANUARI 2018 - 3 FEBRUARI 2018

1. Membuat 3 sampel kad kahwin digital untuk ditunjukkan kepada Pengurus.




Minggu ke-11 : 5 FEBRUARI 2018 - 10 FEBRUARI 2018

1. Menyiapkan polisi tempahan syarikat untuk rujukan kepada Pengurus sebelum membuat tempahan supaya tiada masalah semasa proses tempahan atau penghantaran.

2. Membungkus doorgift sebanyak 800pcs untuk pelanggan mengambil di premis MIP Creative House.




Minggu ke-12 : 12 FEBRUARI 2018 - 15 FEBRUARI 2018

1. Menukar beberapa resolusi gambar kerana masa yang diambil terlalu lama untuk gambar dipaparkan di website kerana resolusi gambar terlalu tinggi.

2. Menambah aplikasi untuk digital kad kahwin dengan meletakkan Peta lokasi Majlis, Whatsapp & Nombor Telefon Untuk Dihubungi. 




Minggu ke-13 : 19 FEBRUARI 2018 - 24 FEBRUARI 2018

1. Mengemaskini harga-harga produk yang terbaru untuk dimasukkan ke dalam website MIP Creative House.

2. Mengemaskini maklumat yang perlu dimasukkan ke dalam website MIP Creative House untuk diterima oleh admin dan pelanggan.





Minggu ke-14 : 26 FEBRUARI 2018 - 3 MARCH 2018

1. Menukar latarbelakang halaman website menjadi kuning untuk mengikut tema warna syarikat iaitu Kuning, Hitam & Putih.




2. Pengurus & Penyelia mengadakan mesyuarat mengenai aktiviti & rancangan promosi untuk Majlis Ulangtahun ke-3 Syarikat MIP

3. Majlis Ulangtahun ke-3 Syarikat MIP diadakan pada 3.3.2018 (Sabtu) dan pelbagai promosi beserta jamuan makan untuk para pelanggan dan tetamu yang hadir.





Minggu ke-15 : 5 MAC 2018 - 10 MAC 2018

1. Menyemak semua detail page untuk di lancarkan di carian google menggunakan SEO (Search Engine Optimization) yang disediakan dalam Wix.com.

2. Membuat persiapan untuk pembentangan Proposal Laman Web MIP Creative House.




Minggu ke-16 : 12 MAC 2018 - 17 MAC 2018

1. Membuat pembentangan Proposal Laman Web MIP Creative House kepada Pengurus & Penyelia.



2. Menyiapkan doorgift tempahan pelanggan sebanyak 1300pcs.





Minggu ke-17 : 19 MAC 2018 - 24 MAC 2018

1. Menyiapkan E-Card pelanggan yang telah menempah pakej semasa promosi ulangtahun  syarikat yang ke 3.




2. Memperbetulkan interface laman web supaya kelihatan lebih menarik.






Minggu ke-18 : 26 MAC 2018 - 31 MAC 2018

1. Menyiapkan E-Card pelanggan yang telah menempah pakej semasa promosi ulangtahun  syarikat yang ke 3.


Minggu ke-19 : 2 APRIL 2018 -  7 APRIL 2018

1. Membuat SOP (Standard Operation Procedure) Laman Web untuk Pengurus dapat mengendalikan Laman Web setelah selesai sesi Latihan Industri.




2. Menyiapkan E-Card pelanggan yang telah menempah pakej semasa promosi ulangtahun  syarikat yang ke 3.




Minggu ke-20 : 9 APRIL 2018 – 13 APRIL 2018

1. Menyiapkan tempahan paperbag sebanyak 1000pcs untuk penghantaran kepada pelanggan.




2. Menyiapkan E-Card pelanggan yang telah menempah pakej semasa promosi ulangtahun  syarikat yang ke 3. 



3. Majlis perpisahan Tamat Latihan Industri pelajar praktikal bersama dengan Pengurus & Penyelia.