BAB 1 : PENGENALAN



1.1. PENDAHULUAN


      Latihan Industri ialah satu program memberikan pendedahan dan pengalaman kepada pelajar tentang keadaan sebenar alam pekerjaan dalam bidang Teknologi Maklumat (Pengatucaraan) dan sebagai persediaan awal bagi pelajar sebelum melangkah ke satu tahap menjadi seorang pekerja. Latihan ini diwajibkan sebagai syarat penganugerahan diploma kepada setiap pelajar Semester Akhir Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan). Bagi sesi DISEMBER 2017, latihan ini berjalan selama 20 minggu iaitu bermula pada 27 NOVEMBER 2017 hingga 13 APRIL 2018.

            Saya telah memohon dan mendapat tempat untuk menjalani Latihan Industri di sebuah premis yang menyediakan servis printing t-shirt, kad kahwin & perhiasan perkahwinan di MIP CREATIVE HOUSE, PERAK. Saya telah ditugaskan untuk membangunkan laman web syarikat sepanjang tempoh latihan industri disini. Sepanjang tempoh latihan disini, saya telah diberi peluang untuk melibatkan diri dalam melakukan kerja-kerja sokongan teknikal yang berkaitan teknologi maklumat & servis penjualan seperti membaik pulih komputer, format komputer, melayan pelanggan untuk urusan jual beli kad kahwin, mencetak paperbag dan membuat button badge.



1.2. OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI


       Latihan Industri adalah langkah penting bagi membentuk persediaan pekerjaan kepada pelajar. Dalam program Latihan Industri, pelajar didedahkan dengan alam pekerjaan yang sebenar dan ini dapat memberi pengalaman yang amat berguna kepada mereka kelak.

    Latihan Industri bukan hanya merupakan komponen utama dalam sesebuah kokurikulum pembelajaran tetapi ia juga merupakan salah satu langkah untuk membentuk pekerja yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Ini selaras dengan objektif negara untuk membentuk rakyat yang berwawasan 2020 serta rakyat yang mampu bersaing dengan negara luar di peringkat global.

       Oleh sebab itu, objektif  Latihan Industri ialah untuk membina personaliti individu dalam diri pelajar, membantu pelajar untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan, membentuk disiplin dalam diri pelajar kerana pelajar akan mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik serta memberi pendedahan kepada alam pekerjaan. Ciri-ciri tersebut dapat dilihat melalui proses kerja di dalam Laporan Industri yang diberikan kepada institusi.

       Bukan itu sahaja, Latihan Industri juga dapat meningkatkan keyakinan diri dalam diri pelajar serta dapat meningkatkan semangat pelajar untuk terus menyambung kerjaya dalam bidang yang dipilih setelah mereka tamat latihan di industri dan pengajian di Politeknik. Pelajar juga dapat mempraktikkan teori dan amali sepanjang mereka menjalani Latihan Industri.

    Pihak Politeknik juga dapat bekerjasama dengan pihak Industri untuk meningkatkan lagi mutu pelajar keluaran Politeknik selaras dengan kemahuan Industri tempatan yang kian membangun dan semakin pesat. Saya berharap dengan adanya Latihan Industri, Politeknik dapat menghasilkan bakal - bakal pekerja yang mampu memenuhi kehendak Industri tempatan yang semakin bergerak pantas selaras dengan kemajuan teknologi yang semakin berkembang sekarang. Dengan ringkasnya, objektif Latihan Industri adalah :

  • Mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar.
  • Membolehkan pelajar mengaitkan teori-teori yang telah dipelajari dengan   aspek-aspek praktikal atau sebaliknya.
  • Membentuk dan mengukuhkan keyakinan diri dalam melaksanakan tugas.
  • Menanamkan semangat kerja berpasukan dan perhubungan yang baik sesama pekerja.
  • Menggunakan sepenuhnya ilmu pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang dipelajari di Politeknik untuk dipraktikkan semasa Latihan Industri.
  • Dapat menilai kebolehan diri sendiri untuk persediaan menghadapi alam pekerjaan selepas tamat pengajian.
  • Dapat memberikan pengalaman yang bernilai dan berharga.
  • Menimbulkan kesedaran serta meningkatkan minat pelajar terhadap jurusan yang dipilih.
  • Meningkatkan semangat jujur, amanah , berdedikasi dan bertanggungjawab terhadap tugas-tugas yang diberikan.


1.3. OBJEKTIF LAPORAN LATIHAN INDUSTRI


        Program Latihan Industri adalah wajib bagi semua pelajar di Politeknik. Pelajar yang terlibat dalam latihan industri ialah pelajar Diploma Semester 6. Disamping itu, pelajar yang melalui Latihan Industri perlu menyediakan laporan mengenai tugas yang dijalankan sepanjang semester itu. Laporan ini mengenai catatan latihan teknikal yang dilakukan oleh pelajar, latar belakang syarikat, kepentingan latihan industri, dan sebagainya.. Hal ini bagi memenuhi keperluan pelajar untuk dianugerah dengan kelayakan diploma dari Kemeneterian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pengajian Politeknik. Antara objektif laporan Latihan Industri adalah :

  • Menjadi bukti bahawa pelajar tersebut telah menjalani Latihan Industri mengikut jangka waktu yang telah ditetapkan.
  • Mencatatkan segala aktiviti semasa menalani Latihan Industri.
  • Membuktikan bahawa pelajar itu memahami dan menghayati sesuatu kerja yang dibuat semasa Latihan Industri.
  • Laporan latihan industri ini juga dapat memudahkan kerja pensyarah atau aktiviti pelajar semasa menilai pelajar selepas menjalani latihan industri.
  • Dapat mempraktikan apa yang dipelajari dari semester 1 hingga 5.
  • Menjadi bahan rujukan selepas menjalani Latihan Industri di firma terbabit selepas tamat menjalani pengajian di Politeknik.

1.4. KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI


         Menjalani Latihan Industri merupakan syarat wajib bagi setiap pelajar Politeknik. Ia wajib disempurnakan oleh pelajar yang mengikuti kursus Diploma. Bagi kursus Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan), adalah diwajibkan menjalani Latihan Industri pada Semester 6.  

        Latihan Industri mendewasakan para pelajar yang bakal bergelar sebagai pekerja pada masa akan datang. Oleh itu, Latihan Industri adalah pendedahan awal kepada pelajar untuk bersikap lebih matang ketika berada dalam sektor pekerjaan.

      Banyak sebenarnya faedah yang dapat diperolehi oleh pelajar sekiranya mereka menjalani Latihan Industri. Antara kepentingan Latihan Industri adalah :

  • Untuk membina dan memantapkan diri pelajar supaya lebih yakin untuk menghadapi sebarang tugas dan dugaan yang dihadapi di alam pekerjaan.
  • Menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik antara pekerja dan kakitangan sesebuah organisasi.
  • Mendedahkan pelajar ke alam pekerjaan yang sebenar.
  • Memupuk semangat kerjasama dalam pasukan,
  • Mendidik pelajar menghormati antara satu sama lain terutama pekerja yang lebih senior atau pegawai yang berpangkat tinggi.
  • Mengamalkan dan mematuhi peraturan keselamatan dalam industri.
  • Mengaitkan teori kepada tugas praktikal dan sebagainya.
  • Membina keyakinan diri dan memupuk sifat amanah dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas.
  • Menyediakan sebuah laporan rasmi setelah tamat latihan.

            Dengan huraian – huraian di atas, Latihan Industri adalah suatu konsep yang harus wujud pada semua institusi pendidikan tinggi. Ini kerana, Latihan Industri dapat membentuk sikap dan jati diri bakal – bakal pekerja yang berjaya dan produktif. Latihan Industri juga memberi begitu banyak kesan yang positif dalam diri pelajar. Hal ini sejajar dengan kehendak Negara yang inginkan masyarakat yang berdaya saing dan cemerlang.

       Saya berharap agar cita – cita Negara dapat direalisasikan dengan adanya kewujudan Latihan Industri pada semua institusi pengajian tinggi. Ini kerana, Latihan Industri dapat memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai alam pekerjaan. Latihan Industri juga membantu pelajar dari segi mental dan fizikal. Ini kerana, apabila pelajar menghadapi alam pekerjaan kelak, pelajar tidak akan mengalami kejutan budaya bekerja. Oleh sebab itu, wajar saya katakan yang Latihan Industri adalah satu ‘platform’ membentuk pekerja yang cemerlang, terpelajar, disiplin, kreatif dan berdaya saing.